Wednesday 20 January 2016

caramel oh caramel...

assalamualaikum..

hari ni akak nak bagi penerangan tentang warna..... warna apa? warna pati laicikang akak ler..
apsal nak kene tau? sebab warna pati laicikang akan berubah warna bila dia dah basi..

pati lai chi kang kami ni home made 100%. tiada bahan pengawet.. kadang2 masa production atau ketika penyimpanan dari pihak kami atau pembeli ada berlaku masalah yang menyebabkan pati ni basi cepat.
kalau ikut kan eksperimen kami, pati ni boleh tahan sehingga hampir 2 bulan dalam bahagian chiller peti ais dan boleh tahan lebih dari 4 bulan kalau letak dalam tempat beku(frozen)
namun disebabkan pati ni di awet dengan air gula sahaja, kadang2 boleh basi lebih awal dari itu kalau disimpan dengan cara yang salah.
ok.. mula2 kalau pati tu dah tak bape nak elok.. dia ade bau masam.. dan agak berlendir.. seperti yang sedia maklum, pati ni ade buah2 dan isi2 dia semua sekali.. sebab tu kalau dah basi.. isi2 dia yang akan bau masam dan berlendir.. lepas tu, warna pati akan berubah.warna asal pati laicikang ialah dark brown. bila pati tu dah basi, dia akan bertukar warna keperangan-perangan atau lebih tepat lagi warna karamel. contoh adalah seperti di bawah : 

warna asal

warna bila dah basi 





nanti akak akan tunjukkan gambaran sebenar ye.. lupe pulak nak ambil gambar botol kat rumah.jadi apa yang perlu di buat kalau dah beli pati lepas tu nampak macam dah tak ok je..

jangan bimbang.. don't worry.. don't be angry..

kalau ada yang beli lepas tu nampak macam dah tak berapa elok, apa yang anda perlu lakukan ialah ambil gambar botol pati tu dan whatssapp kepada saya (0164446544). tunjukkan gambar dan beritahu berapa berapa botol yang dah tak elok tu..  in shaa Allah kami akan gantikan dengan yang baru secara PERCUMA.. PERCUMA.. PERCUMA.. 

jangan la saje letak berjemur kat luar pula ye.. dan jangan la pulak ade yang beli pastu simpan sampai 3-4 bulan n then claim basi ye.. kesian akak..

ok.. have a good day! 

Tuesday 15 December 2015

sedap dan berkhasiat...! it's a WIN WIN WIN ~~

assalamualaikum semua...

sihat ke? akak selseme pulak berjangkit ngan baby. hari ni nak cerita pasal khasiat setiap bahan dalam pati lai chi kang kami. mase kami kecik lagi abah dah ajar minum air ni. sebab sedap dan sangat banyak khasiat.. sebab tu yg dewasa suka, orang tua suka, kanak2 pun suka jugak. banyak bahan nak buat lai chi kang ni.. orang panggil 'renyah' la proses dia.. meh kite tengok satu2 khasiat bahan dalanm produk ni. 
  1. buah longan kering

buah longan memounyai banyak jenis mineral dan vitamin termasuk zat besi, magnesium dan vitamin A dan C. berdasarkan dari sumber yang di baca, longan dapat membantu penghadaman, melegakan sistem saraf, mengurangkan insomnia dan melegakan tekanan dan keletihan.( sumber dari http://makanananda.blogspot.my/2014/10/khasiat-longan.html)

2. kurma merah

 
ini dia buat yang hebat. rasa yang sedap dan penuh dengan seribu satu khasiat. sebab tu di kalangan masyarakat cina buah ni digelar (百果之王 bǎi guǒ zhī wáng) yang membawa maksud ' king of nuts'. buah ini mengandungi 80 kali ganda vitamin C berbanding anggur dan epal. selain tu ada juga vitamin A, B1,B2 protein, kalsium, phosphorus, iron dan magnesium. ada yang kata buah ini elok untuk orang yang ada penyakit kronik. bonus lagi: buah ni juga boleh mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. ( sumber : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=681505)


3. buah luo han guo

jeng jeng jeng... mesti tak ramai kenal buah ni kan? ini lah buah yang berasal dari daerah Guang Xi, China. buah ni mengandung vitamin A, B, C, D, E, betakaroten, fosforus, zat besi, kalsium, natrium, kalium, magnesium. yang ajaibnya pasal buah ni ialah ia mengandungi  glucoside-terpene dan sedikit fruktosa, rasa manisnya 400 kaliganda  dari gula pasir, tetapi tidak mengandung kalori. pada masa dahulu buah ni digunakan untuk mengubati batuk2, radang kulit, mengurangkan berat badan dan bagi tujuan kecantikan. ( patut lah abah pernah bagitau, kalau tak ade buah ni lai chi kang tak jadi. sekarang baru saya paham maksud abah..huhuhuhu) ( sumber : http://www.terapisehat.com/2008/08/luo-han-guo-buah-seribu-manfaat.html)

4. dried white fungus

haa... mende ni lah yang orang panggil sarang burung orang miskin. ia ada khasiat sebagai anti- inflammatory (anti radang) dan anti- tumour ( anti kanser). masyarakat cina menggunakan cendawan ni untuk menyejukkan badan, melegakan batuk kering dan menyegarkan badan. selain tu, ia mengandungi KOLAGEN yang boleh mencantikkan kulit. (sumber  http://www.tastehongkong.com/ingredients/white-fungus-benefits-and-a-few-how-to/)

5. gula kundur

kundur atau dikenali sebagai beligu atau belonceng mempunyai Mengangdung 97% air dan sedikit garam serta vitamin. buah kundur dikatakan boleh memberi efek menyejukkan badan, penawar demam, bengkak dan kurang lawas.  


itulah khasiat bahan2 dalam lai chi kang kami. untuk kesimpulan lai chi kang ni boleh:
  1. memberir efek sejuk badan
  2. kurangkan batuk kering
  3. membantu saraf
  4. anti inflammatory ( anti radang ) dan anti tumour ( anti kanser)
  5. membantu mengekalkan keremajaan kulit (kolagen) 
  6. menambah susu badan bagi ibu menyusu 
  7. membantu insomnia

bagus kan.. sedap dan berkhasiat.. xde sape rugi~~ boleh lah di cuba sebagai ikhtiar. untuk pengalaman peribadi, memang akak minum ketika dalam pantang ( minum yg suam). memang bagus dan menambah susu. kawan2 yang lain pon cakap camtu jugak... jadi milk booster! 


okay!
stay healthy and pretty

Tuesday 8 December 2015

lai chi kang kami~

ok dah penat akak membebel... sekarang baru nak story pasal air lai chi kang yang kami jual...

resepi nya from my abah. sendiri pikir..sendiri bikin.. air lai chi kang abah ni dah banyak tahun di masak untuk jamu orang time bulan puasa dan raya.. setakat ni alhamdulillah sambutan dan komen sangat menggalakkan..dah ade kipas susah mati (die hard fan) pon dekat kawasan perumahan kami di bangi tu.. . saye pun ambil sijil dari abah untuk masak pati lai chi kang ni... bkan senang nak buat.. nak2 cikgu saye (abah) saaaaaaangaaaattt strict bab menjaga kualiti n kebersihan...

proses penghasilan pati lai chi kang dari rumah 

saye jual pati lai chi kang.. pati ni manis dan dah siap semua isi2 dia... cuma campurkan air dan ais saja.. senang~~ sedia untuk di hidangkan.. sejuuukkkk... segaaaarrrr.... best time cuaca panas sebab air ni berkhasiat menyejukkan badan. 
                                         



lepas pati dah sejuk kite letak kat dalam botol 

pelekat jenama kami cipta sendiri design... lawa ke lawak? huhu


satu botol pati boleh bancuh dalam 1-1.5liter air. tapi sebenarnya terpulang lah pada darjah kemanisan yang korang suke. kalau tak suke manis sangat tambah lah lagi air nye... 

pati lai chi kang kami takde bahan pengawet. jadi kene simpan dalam peti ais. kalau letak kat tempat chiller boleh tahan dalam 2-3 minggu. kalau letak kat dalam freezer boleh tahan berbulan2..jadi boleh lah simpan di rumah kot2 nak hidang untuk tetamu ke... nak jamu mak ayah, tok nenek, pak cik makcik sedara mara dari kampung ke.. dah elok standby air kat rumah kot2 kene terjah tak sempat nak ready ape2.. maklum la kite ni bz manjang, iye dok?   kalau hidang ni dengan goreng pisang panas... fuhhhh... baru lah kelass kau mariaaa..(angkat kening sket) 

amacam kempen akak? dah tergoda belum?hahahaha...

kalau belum pon takpe.. nanti akak cerite ape kabaikan air lai chi kang ni ek.. 

 kalau ade pertanyaan atau nak maklumat lanjut boleh lah whatsaap saye 0164446544. 

ok semua yang membaca terima kasih..

stay positive! 









LAI LAI LAI LAI CHI KANG~~

ok... sape penah minum lai chi kang angkat tangan tinggi2! lai chi kang yang korang makan rupe dia macam mane? meh tunjuk sat yang mane satu idaman kalbu....

yang ni ade buah laici.. ade cendol jugak kot.. 

yang ni banyak kaler.. ade selasih, sagu warna warni.. 

yang ni ade longan, snow fungus.. 


yang ni warna warni.. ade sagu ngan selasih
keh mane satu idaman kalbu? sebenarnye yang mane satu lai chi kang yang ori? akak pon tak tau sebenarnye... ikut selera masing2 lah yang mana berkenan di hati.. selera orang lain2 ye tak? janji semua happy....

ok u'olls (tetibe hipster)  


                                                                                              STAY HAPPY  ....!

Monday 7 December 2015

air untuk kehidupan


sebab akak grad sains.. terpaksa lah mula blog dengan fakta sains.. nak buat camne.. cikgu sekola dah ajar camtu..kih3. air sangat penting untuk tubuh badan kita... negara kita sangat beruntung sebab kaya dengan sumber air ( teringat cerita dragon ball yang masuk pertandingan kung fu sebab nak duit beli air untuk kampung dia..) hidupan tidak boleh hidup tanpa air... 

tahukah anda....?


power kan ciptaan Allah.. segelas air mampu menentukan hidup mati ( tak caye pegi hospital tengok sendiri).dulu kat klinik selalu jugak orang datang pasal masalah jerawat, kulit kusam 
ade jugak bijak bistari datang emergency room pukul 2 pagi sebab bibir kering.. mau ku ketuk kepala dia ). percaya tak cantik rupawan sekalian,  segelas air juga mampu menentukan kulit anda mulus atau berjerawat..huuuuu 
tak percaya cakap akak? tengok bawah ni..

..makanya.. sebelum korang berhabis duit beribu riban untuk produk kosmetik dan kecantikan.. baik betulkan hidrasi badan dan kulit dulu.. minum air jangan malas ok.. tapi.. berapa banyak pulak air yang nak minum sehari.. ade orang cakap dia takleh minum banyak sebab nanti kembung.. asik nak terkucil membuang air..  jawapannye di bawah..

ikut berat badan ye... jangan berat 45 kg pegi minum air 4 liter pula ye.. kang jadi tong air akak tak jamin.. 
ok.. stay healthy 

akak kate nak jual air kan.. mane cerita air jual tak bukak lagi. kih3...
okeh pasni kite cerite pasal air kite jual eh... 










Get, Set, GO!!

Assalamualaikum... 

kita mulakan blog ini dengan lafaz...

semoga ia bermanfaat kepada tuan blog dan orang2 lain yang membacanya.  sebelum tu saya perkenal kan diri saya. nama saya adilah. ada orang panggil saya ad, lah, adilah... saya tak kisah mana2. kalau orang tak kenal saye ade yang ingat saya tak garang....(yela muke tara senyum) tapi saya tak garang sebenarnye.. nak buat camne lahir2 muke tak sweet...hahaha.. saya ok je.. kalau ade singgah blog ni boleh lah kenal kan diri.. orang kata berkawan biar seribu.. berkasih biar satu..iye dok? 

ok..

Get, Set, Go..! 

have a nice day people.. stay nice!