Tuesday 15 December 2015

sedap dan berkhasiat...! it's a WIN WIN WIN ~~

assalamualaikum semua...

sihat ke? akak selseme pulak berjangkit ngan baby. hari ni nak cerita pasal khasiat setiap bahan dalam pati lai chi kang kami. mase kami kecik lagi abah dah ajar minum air ni. sebab sedap dan sangat banyak khasiat.. sebab tu yg dewasa suka, orang tua suka, kanak2 pun suka jugak. banyak bahan nak buat lai chi kang ni.. orang panggil 'renyah' la proses dia.. meh kite tengok satu2 khasiat bahan dalanm produk ni. 
  1. buah longan kering

buah longan memounyai banyak jenis mineral dan vitamin termasuk zat besi, magnesium dan vitamin A dan C. berdasarkan dari sumber yang di baca, longan dapat membantu penghadaman, melegakan sistem saraf, mengurangkan insomnia dan melegakan tekanan dan keletihan.( sumber dari http://makanananda.blogspot.my/2014/10/khasiat-longan.html)

2. kurma merah

 
ini dia buat yang hebat. rasa yang sedap dan penuh dengan seribu satu khasiat. sebab tu di kalangan masyarakat cina buah ni digelar (百果之王 bǎi guǒ zhī wáng) yang membawa maksud ' king of nuts'. buah ini mengandungi 80 kali ganda vitamin C berbanding anggur dan epal. selain tu ada juga vitamin A, B1,B2 protein, kalsium, phosphorus, iron dan magnesium. ada yang kata buah ini elok untuk orang yang ada penyakit kronik. bonus lagi: buah ni juga boleh mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. ( sumber : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=681505)


3. buah luo han guo

jeng jeng jeng... mesti tak ramai kenal buah ni kan? ini lah buah yang berasal dari daerah Guang Xi, China. buah ni mengandung vitamin A, B, C, D, E, betakaroten, fosforus, zat besi, kalsium, natrium, kalium, magnesium. yang ajaibnya pasal buah ni ialah ia mengandungi  glucoside-terpene dan sedikit fruktosa, rasa manisnya 400 kaliganda  dari gula pasir, tetapi tidak mengandung kalori. pada masa dahulu buah ni digunakan untuk mengubati batuk2, radang kulit, mengurangkan berat badan dan bagi tujuan kecantikan. ( patut lah abah pernah bagitau, kalau tak ade buah ni lai chi kang tak jadi. sekarang baru saya paham maksud abah..huhuhuhu) ( sumber : http://www.terapisehat.com/2008/08/luo-han-guo-buah-seribu-manfaat.html)

4. dried white fungus

haa... mende ni lah yang orang panggil sarang burung orang miskin. ia ada khasiat sebagai anti- inflammatory (anti radang) dan anti- tumour ( anti kanser). masyarakat cina menggunakan cendawan ni untuk menyejukkan badan, melegakan batuk kering dan menyegarkan badan. selain tu, ia mengandungi KOLAGEN yang boleh mencantikkan kulit. (sumber  http://www.tastehongkong.com/ingredients/white-fungus-benefits-and-a-few-how-to/)

5. gula kundur

kundur atau dikenali sebagai beligu atau belonceng mempunyai Mengangdung 97% air dan sedikit garam serta vitamin. buah kundur dikatakan boleh memberi efek menyejukkan badan, penawar demam, bengkak dan kurang lawas.  


itulah khasiat bahan2 dalam lai chi kang kami. untuk kesimpulan lai chi kang ni boleh:
  1. memberir efek sejuk badan
  2. kurangkan batuk kering
  3. membantu saraf
  4. anti inflammatory ( anti radang ) dan anti tumour ( anti kanser)
  5. membantu mengekalkan keremajaan kulit (kolagen) 
  6. menambah susu badan bagi ibu menyusu 
  7. membantu insomnia

bagus kan.. sedap dan berkhasiat.. xde sape rugi~~ boleh lah di cuba sebagai ikhtiar. untuk pengalaman peribadi, memang akak minum ketika dalam pantang ( minum yg suam). memang bagus dan menambah susu. kawan2 yang lain pon cakap camtu jugak... jadi milk booster! 


okay!
stay healthy and pretty

No comments:

Post a Comment